Followers

Masukkan Url Anda Disini Jika Blog Anda Tiada Dalam TRO

Tuesday, February 22, 2011

Sasaran TRO Ialah TOP 500.

Disini pihak TRO ingin menwar-warkan yang blog Albanjari online akan mengambil alih tempat Musafirlalu secara tetap disebabkan penulis blog  Musafirlalu memerlukan masa yang panjang berkaitan penyakit beliau.

Buat ahli dan pengunjung semua, sasaran sebenar TRO ialah menjadi antara blog paling berpengaruh dalam melakukan ranking di Malaysia. Tidak dinafikan bahawa banyak blog-blog yang melakukan ranking berkaitan blog di Malaysia. 

Hasrat TRO adalah mengadakan senarai TOP 500 dan ianya akan dilakukan secara berperingkat-peringkat kerana di Malaysia sahaja terdapat ratusan ribu laman web tanpa mengira apa tulisan diblog-blog tersebut.

Hari ini TRO telah menambahkan lagi sebanyak 25 blog di ranking yang sedia ada dengan menjadikan TOP 225 dan pada minggu hadapan TRO akan menambah 25 blog lagi. Mungkin TOP 250 akan kekal selama satu bulan sebelum pihak TRO menjadikannya TOP 300.

Sebenarnya melakukan kerja senaraian amat meletihkan kerana setiap kali ranking dilakukan, tidur mesti diketepikan memandangkan masa yang diperlukan ialah sekurang-kurangnya 14 jam. Itu pun hanya melakukan TOP 200, bukan lagi TOP 500. 

Kepada pemilik blog semua, pihak TRO ingin memohon kerjasama anda semua agar dapat menghantar url-url anda agar dapat sama-sama merealisasikan sasaran TOP 500.

Webmaster
TRO


1 comment:

Pihak TRO tidak akan bertanggungjawab diatas segala ulasan yang diberikan kerana pihak TRO tidak akan melakukan tapisan pada semua komen yang dihantar. Harapan dari TRO agar kita sama-sama menjaga cara penulisan, hindarilah daripada mengguna perkataan yang tidak senonoh.